Thursday, 31 March 2011

SPR letak ‘hantu’ di rumah ibu saya – Azmin


SHAH ALAM: Jika daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diguna pakai, rumah ibu kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa, Mohamed Azmin Ali, ada ‘hantu’.

Bercakap pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini, Azmin (KEADILAN-Bukit Antarabangsa), berkata terlalu banyak pengundi hantu muncul dan bilangannya bukan satu tetapi lapan karakter.

“Kalau ikut istilah pengundi hantu sebenarnya orang yang mati dihidupkan semula tetapi yang berlaku kini melibatkan penambahan pengundi dan pengalihan nama-nama pendafar.
“Contohnya, rumah ibu saya didafarkan seramai lapan orang dengan kaum Cina dan India sedangkan ibu saya tinggal seorang diri dan saya tidak mempunyai adik beradik kaum lain,” katanya yang menyifatkan SPR sebagai kuda tunggangan Umno.

Pendedahan itu menunjukkan daftar pemilih atau pengundi SPR tidak bersih hingga menimbulkan banyak keraguan besar walaupun pimpinan Umno kerap menyebelahi SPR yang didakwa mereka sebagai ‘telus’ dan ‘cekap’
 
 gambar hiasan


Hahahahaha….. berguling2 sy bila baca kenyataan azmin anak emas anwar ni. Mcmana lah boleh SPR buat silap letakan pengundi hantu yg beralamatkan rumah ibu azmin??

Azmin oh Azmin…. Cetek sungguh pemikiran ko ni, mcm dah takde modal lain ke nak salah kan UMNO & SPR?? Jgn lah buat statement tuduhan yg melulu, biarlah yg berasas sikit.  Inikah yg dikatakan pemimpin parlimen PKR? Alahai rendah nya minda ko ni azmin. Cubalah buat sesuatu yg lebih menguntungkan rakyat di parlimen ko tu, dpd nak buat fitnah yg tak betul ni.

Klau PR menang dikawasan yg dikatakan ada pengundi hantu BN, tak pulak korang bising ye, tapi klau BN menang dimana2 saje kawasan yg bertanding, akan timbulah bermacam2 fatwa dan tomahan yg lansung tak berasas dan seterusnya akan menyebabkan kekeliruan dan kekecohan dan ini semua akan merugikan rakyat kerana rakyat juga yg akhir nya yg dipermainkan.

Jadis sy rase rakyat sudah amat matang sekarang dan boleh membuat pilihan yg terbaik pd PRU akan datang !!


Wake up Dude !!!
Do your work properly !!!!

No comments:

Post a Comment