Bob Lokman kini dinaikan taraf sebagai penceramah PAS , baca al-fatihah pun tak betul lagi. Kini berceramah mengutuk kerajaan di merata tempat, Murah rezeki bob, lawak dah tak laku. Bob kata dia nak menebus dosa sebelum dia masuk Pas "tentu ada dosa besar yang bob lakukan" masuk pas boleh suruh Nik Aziz ampunkan dosa.
Kini Bob kata dia nak promosikan Allah SWT. BOB Allah SWT tak perlu promosi. mana belajar nak promosikan Allah , ini bukan kumpulan muzik atau lawak yang perlu dipromosikan. daif betul mamat ini, Baru semalam masuk Pas hari ini dah jadil ulamak. Inilah dia level ulamak pas.pakai jubah bela janggut dan serban saja boleh jadi ulamak macam ustaz rock , last last anak isteri ditinggalkan gila pompuan lain. tahukan siapa bob ni sebenarnya??......
“Dulu orang panggil saya Bob sebab saya gemuk. Sekarang saya kekal dipanggil Bob yang bermaksud Bulan Oh Bulan,” jelas Mohd. Hakim bin Lokman atau lebih dikenali sebagai Bob Lokman di dalam sebuah majlis ceramah di Kg. Bahagia dekat sini.
Lebih lima tahun beliau mencari hidayah dan akhirnya berubah setelah beliau diuji oleh Allah SWT dengan darah tinggi dan sakit jantung. Sejak itu, beliau banyak bertanya dengan guru-guru agama untuk mencari ilmu demi mencari kebenaran.
“Alhamdulillah, apabila saya diberikan sedikit ilmu oleh Allah maka hati saya telah terbuka untuk menyertai Parti Islam Semalaysia dengan mengisi borang ahli Pas.”
“Maka, melalui Pas saya dapat berdakwah untuk mempopularkan Allah kepada orang ramai demi menebus kembali segala apa yang telah saya lakukan sebelum saya berhijrah,” tambah beliau lagi.
Bagi beliau, taqwa merupakan perkara utama yang perlu ada dalam diri setiap pejuang Islam.
“Oleh itu, saya menyeru kepada orang muda, sementara anda masih ada tenaga, fikiran cerdas dan masa yang lapang, isilah dada anda dengan ilmu agama untuk meningkat ketaqwaan dan iman dan berjuanglah menegakkan Islam selagi Islam belum tertegak dan berdaulat di negara ini,” ujar beliau dengan penuh semangat.
Kehadiran orang ramai pada malam itu begitu memberangsangkan sehingga kawasan pekarangan Bilik Gerakan Pemuda Pas Kg. Bahagia yang sememangnya agak luas telah dipenuhi malah hingga ke tepi jalan raya.
Persoalannya disini, adakah ini quality pendakwah ataupun penceramah PAS?? dengan ilmu yang cetek, penampilan berjubah & berjanggut, inikah yang disanjung2 oleh juak2 PAS?? dan adakah orang seperti ini yang kita boleh jadikan tauladan dan ikon kepada generasi muda, seperti yang di war2kan oleh nya??
Sy cuma nak beri pandangan dan nasihat pada si Bob poyo ni, dalami dulu ilmu agama sebelum menjadi pendakwah. Kalau nak berdakwah tak perlu masuk PAS, kerana PAS adalah parti politik yg mempolitikan agama. Kalau jadik penceramah bebas lebih baik & mungkin akan lebih diterima rakyat...
Wake up Dude!!!
Don't be cheated again by a looser & cheater!!!
No comments:
Post a Comment