Anwar perlu selesai semua isu sebelum tegur Nik Aziz
TINDAKAN Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegur Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat, mengenai isu judi menunjukkan wujud perselisihan pandangan dalam parti pembangkang. Keadaan ini berlaku kerana Nik Aziz mahu mengharamkan semua bentuk perjudian di Kelantan, tetapi Anwar pula membantahnya.
Rakyat keliru apabila Anwar yang suatu ketika dulu pernah menjadi pemimpin Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan pernah menerap nilai Islam ketika berada dalam kerajaan Barisan Nasional (BN), menegur Nik Aziz.
Anwar yang membuat teguran itu pada sidang media di Parlimen kelmarin, berkata Nik Aziz sepatutnya berbincang dulu dengan pemimpin parti pembangkang lain iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP sebelum melakukan sebarang perubahan dari segi undang-undang dan peraturan serta pelaksanaannya di Kelantan.
Siapa Anwar dan apa hak atau kuasa beliau dalam konteks ini. Sebagai Ketua Pembangkang, beliau sebenarnya perlu meleraikan begitu banyak isu di kalangan parti pembangkang, parti dan dirinya sendiri sebelum meminta pemimpin lain terutama yang memerintah negeri mendengar arahannya.
Antaranya, gagasan menyatukan parti pembangkang belum dimeterai. Impiannya besar untuk merampas kerajaan Pusat yang diperintah BN. Walaupun Pilihan Raya Umum ke-12 sudah lebih tiga tahun berlalu, beliau masih gagal membentuk gagasan pembangkang yang sah di sisi undang-undang. Kegagalan ini turut menerima teguran Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), baru-baru ini

Wake up Dude!!!! Nik Ajis, You're not worth it!!!
No comments:
Post a Comment