Wednesday, 20 July 2011

Patriot GAGAL!!

adakah betul tajuk ini? adakah betul patriot gagal?

persoalan nya sekarang berjaya atau gagal adalah persoalan kedua, yg penting nya disini si kepala partriot ni tak patuh kepada titah DYMM Agong dan tidak mematuhi arahan polis..

jgn lah nak tunjuk pandai sedangkan awak tu lemah.. lepas tu nak dpt simpati rakyat!!

contoh terbaik adalah PERKASA.. mereka memang berkumpul tapi tak pun pegi demo mcm Patriot yg lemah ni..

pemuda umno sekarang memang lemah sbb ada penyapu2 dan penjilat2 dlm pemuda umno yg tak henti2 menjilat dan mengampu utk kepentingan sendiri.. 

kerja tak mau buat, mengutuk org pandai lepas tu bongok plak!!


Wake up Dude!!!!
You're fucking looser!!!

Monday, 4 July 2011

DYMM Agong Sudah Bertitah!!!


DAULAT TUANKU!!

KUALA LUMPUR 3 Julai — Istana Negara malam ini mengeluarkan Titah Khas Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin mengenai perhimpunan haram anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai ini.

 
Berikut adalah teks penuh Titah Khas tersebut:
"Beta sedang mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan Kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Beta selaku Yang di-Pertuan Agong, dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat.
Namun Beta yakin kepimpinan negara di bawah Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak berkemampuan untuk menangani masalah ini dengan sebaik mungkin.
Beta menyeru di dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara kita ini hendaklah dipastikan juga bahawa tuntutan demokrasi itu tidak akan membawa kemusnahan kepada negara.

 Kita tidak boleh terlalu terikut-ikut dengan amalan-amalan negara-negara luar secara umumnya kerana keharmonian dan kestabilan negara adalah asas penting bagi sesebuah negara yang perlu semua pihak pertahankan.
Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat dalam negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.
Setiap permasalahan yang timbul, kita sebagai masyarakat bertamadun hendaklah menyelesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan seperti pepatah Melayu “Yang Dikejar Tak Dapat Yang Dikendong Berciciran”. Hakikatnya demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik.


 Sebaliknya kita harus menumpukan kepada matlamat utama memajukan negara, bukannya mencipta masalah yang membuat negara berada terkebelakang. Ingatlah bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora.
Itulah pentingnya sifat kesederhanan dan tolak ansur yang telah begitu lama diamalkan oleh warisan pentadbiran negara"

Wake up Dude!!!
Don't be Cheated by those bastard!!!