Thursday, 16 August 2012


Semakin Terbongkar!!!! 


Kerajaan Selangor ARAHKAN "ABASS" Kurangkan Bekalan Air Terawat 



SILA TONTON VIDEO INI : 





Sumber maklumat dpd : http://gerakanprihatin-rakyatselangor.blogspot.com/

Barisan Nasional Selangor hari ini mengemukakan bukti wujud arahan dari pihak Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) melalui Kumpulan Perangsang Selangor (KPS) kepada pihak ABASS supaya menurunkan pengeluaran air kepada 120 juta galen sehari pada 10 Ogos 2012.

Koordinator BN Selangor, Dato' Sri Ir. Mohd Zin Mohamed berkata, pihak KPS telah mengeluarkan kenyataan menafikan bahawa mereka telah mengarahkan ABASS untuk mengurangkan pengeluaran air terawat. Malah mereka juga memberikan data pengeluaran air dari pihak ABASS bermula dari Januari 2011 hingga Febuari 2012.

"Hakikatnya, memo yang dikeluarkan oleh pihak KPS kepada ABASS adalah bertarikh 29 Disember 2011. Ini bermaksud, arahan ini adalah baru dan bukannya bermula sejak Januari 2011. Memo ini juga turut disertakan bersama dengan surat yang ditujukan kepada pihak SPAN dan SYABAS bagi menyampaikan maksud yang sama.

Arahan ini dikatakan dicapai setelah perbincangan dengan pihak Lembaga Pengarah KPS. Apa yang mendukacitakan kami ialah, pihak Kerajaan Negeri melalui KPS sanggup mengeluarkan arahan ini. Tidak kisah apa jua alasan yang diberikan, namun arahan seperti ini dilihat membelakangkan kepentingan rakyat," ujarnya kepada pemberita dalam sidang media di BN Selangor sebentar tadi.

Tambahnya, Kerajaan Negeri juga bersikap retorik apabila sering kali mengatakan bahawa semua agenda mereka adalah demi kepentingan rakyat. Namun arahan pengurangan kapasiti air terawat ini jelas membuktikan bahawa mereka sebenarnya lebih mementingkan diri sendiri berbanding rakyat.

"Hakikatnya, rakyat Selangor memerlukan bekalan air terawat yang berterusan dan kerajaan negeri bertanggungjawab menyediakan sumber bekalan ini untuk diagihkan.

Kerjasama baik sekian lama antara pihak Loji Rawatan Air, pihak SYABAS dan kerajaan negeri dilihat semakin goyah sekarang ini apabila kerajaan negeri tidak mampu menguruskan sumber air ini dengan bijak dan telus," ujarnya yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri Selangor.

Dalam perkembangan yang lain, UMNO Selangor mengalu-alukan keputusan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam yang memutuskan bahawa lidah rasmi PAS, Akhbar Harakah telah melemparkan fitnah terhadap UMNO apabila menuduh UMNO terlibat dengan kes serbuan di Gereja DUMC sebelum ini.

"Keputusan itu secara jelas membuktikan bahawa PAS dengan sengaja berniat jahat dan cuba mengelirukan rakyat Malaysia dan mengaitkan UMNO dalam isu tersebut sedangkan ianya adalah tindakan dari pihak JAIS sendiri.

Ini menunjukkan bahawa peristiwa serbuan ke atas DUMC dan pemecatan Hasan Ali yang dikaitkan dengan peristiwa tersebut adalah semata-mata kelemahan dari pihak PAS dan tanpa melibatkan UMNO.

Kami juga ingin menyeru supaya parti politik terutamanya PAS bertindak dengan lebih matang dan tidak sewenang-wenangnya menabur fitnah. Keputusan hakim dalam kes ini adalah lebih bermakna kepada kami berbanding jumlah tuntutan saman kerana membuktikan selama ini PAS menggunakan budaya fitnah dalam berpolitik," ujarnya lagi. 

ADAKAH BENAR PAK HISHAM SEDANG MERANCANG GERAK KERJANYA UNTUK MENJADI PM???


Gambar hiasan


Banyak desas desus yang mengatakan Pak Hisham ni sedang rancak mengatur strategi untuk beliau mencapai cita-citanya untuk menjadi PM seterusnya. Dikatakan strateginya termasuklah mencantas “Rival” atau pesaingnya di arena politik tanah air.

Khabar angin mengatakan gerak kerja konco-konconya memang halus dan terancang tetapi ada yang mengatakan masih belum cekap lagi. Konco-konconya dikatakan sedang asyik mengrekrut pemain2 media samada media cetak mahupun media elektronik. Mereka juga dikatakan telah mula menjalin hubungan dgn kroni2 dlm umno dan juga menjalankan aktiviti membeli sokongan.

Dikhabarkan juga selain menjalin hubungan dengan org dalam umno dan org luar umno, strategi mencantas sedang rancak dijalankan. Manakan tidak, kuasa ada ditangannya.

Gambar hiasan

Saya pun hairan, jika benar perkara yang di khabarkan ini benar berlaku, maka hayat Umno sudah semakin gelap. Pemimpin kanan Umno sibuk mengejar kuasa dan jawatan tetapi adakah mereka sedar bahawa PRU13 adalah lebih peting dpd segalanya sekarang??

Persoalanya disini YAB PM haruslah peka dan mengambil tindakan yang serius terhadap mereka yang berkomplot ini jika ianya benar berlaku. Jangan lah disebabkan pertalian darah, kepentingan Negara dan umno di ketepikan.

Saya merayu kepada YAB PM agar bertindak dgn lebih tegas lagi terhadap “Extra Baggage” yang sedang merosakan umno sekarang!!


Wake up dude!!!
You’ll never become the PM if you’re greedy!!!


Wednesday, 15 August 2012



TAMRIN LUPA DENGAN SEJARAH ANWAR TIKAM ARWAH BAPANYA!!!




Bekas orang Umno, Datuk Mohd Tamrin Ghafar Baba secara rasminya menyertai PAS dalam satu majlis yang diadakan di markas PAS pada malam lalu.

Samada Tamrin dah lupa bahawa satu masa dulu Anwar Ibrahim telah membeli beberapa orang ketua bahagian untuk menjatuhkan allahyarham bapanya Tun Ghafar sebagai Timbalan Perdana Menteri dan disitu jugalah bermulanya politik wang dalam UMNO.

Tapi mungkin juga Tamrin tidak mahu mengenangkan kisah itu kembali kerana dijanjikan jawatan yang membuatkan beliau hilang pertimbangan dan melupakan jasa UMNO terhadap negara dan mengabaikan segala perjuangan yang dilakukan oleh alhhayarham bapa beliau yang dianggap sebagai pejuang UMNO yang jitu.



Apa pun Tamrin memang dari dulu lagi dipandang lebih kepada pengikut pembangkang selepas beliau tidak lagi menjadi ahli parlimen.

Kata-kata beliau serta gerak geri beliau didalam menyokong pembangkang amat ketara dan ini adalah hasil dari apa yang dilakukan oleh beliau selama ini.

Jika ada lagi allahyarham Tun Ghafar, sudah pasti kekecewaan akan terpancar di raut wajah, anak yang diharap dapat meneruskan perjuangan beliau kini berpaling tadah dengan menyokong orang yang menjatuhkan beliau.

Wake up dude!!!
Don't you're a fuckin Looser!!!




GAMBAR DIBAWAH MEMBUAT PEMIMPIN PAS TAK SENANG DUDUK!!!



Untuk bacaan lanjut sila rujuk disini : Pisau.Net


Wake up dude!!!
PAS will be buried!!!


Tuesday, 14 August 2012

NASIHAT PLUS UTK PERJALANAN PULANG HARI RAYA!!




JADUAL PERJALANAN PLUS HARI RAYA 2012 | JADUAL PERJALANAN HARI RAYA 2012 MELALUI LEBUH RAYA UTARA SELATAN (PLUS) 2012. 

Sebelum kita semua memulakan perjalanan pulang ke kampung berhari  raya pada tahun ini, harap kita dapat merancang perjalanan kita dengan baik agar tidak mengalami masalah teperengkap dalam kesesakan lalulintas. Jadual yang disediakan oleh pihak PLUS di atas sedikit sebanyak dapat membantu melancarkan  perjalanan trafik yang menggunakan lebuh raya bermula 16 OGOS 2012 sempena sambutan Aidilfitri 2012 dan sambutan Hari kemerdekaan 2012. 

Kepada semua pengguna lebuhraya yang ingin memulakan perjalanan pulang ke perlis, Penang, Kedah dan Johor pada 17 dan 18 dinasihatkan memulakan perjalanan sebelum jam 12 tgh hari manakala bagi sababat yang ingin ke Changkat Jering, Taiping dan Melaka disarankan memulakan perjalanan diantara jam 12 tgh hari sehingga jam 3 petang. harap info ini dapat membantu dan saya doakan semoga semua selamat sampai ke destinasi yang dituju. Ingat orang yang tersayang dan berhati-hati dijalan raya. Selamat Hari Raya.


Wake up dude!!!
You can make a different!!



Friday, 10 August 2012



TAHNIAH PANDELELA RINONG DIATAS PENCAPAIAN DI LONDON!!!



Kini tambahan 1 pingat lagi untuk negara daripada perenang akuatik negara Pandelela Rinong yang membanggakan kerana berjaya mengharumkan sekali lagi nama Malaysia dengan memperolehi pingat Gangsa di dalam Sukan Olimpik. 



Ini merupakan sejarah pertama kali Anak Sarawak memperolehi pingat di dalam sukan yang berprestij bertaraf dunia. Saya mengharapkan semua pihak agar dapat menyambut kepulangan beliau ini dengan meriah. Ganjaran harus diberikan danTahniah sekali lagi  buat Pandelela. Malaysia Boleh!!


Wake up dude!!!
You're worth it!!!



KEZALIMAN KERAJAAN SELANGOR DIBULAN RAMADAN!!!!




Geram, sedih dan sakit hati, itulah perasaan para peniaga bazar Ramadhan di Subang Jaya apabila Majlis Perbandaran Subang Jaya dengan sewenang-wenangnya meroboh dan menyita gerai dan barang jualan mereka. Bayangkan, bazar Ramadhan khas yang selama ini menjadi tempat mencari rezeki para ibu tunggal dan mereka yang kurang berkemampuan telah dicemari dengan perbuatan tidak bertanggungjawab MBSJ. Tindakan rakus MPSJ ini tidak disertakan dengan alasan yang kukuh kerana para peniaga yang selama ini diberikan tempat untuk meniaga tidak diberikan notis yang cukup untuk mereka bertindak sedemikian.

utk berita selanjutnya sila klik disini : House PK

Wake up dude!!!
You're no different with Zionist!!!